Tuesday, November 24, 2009

BILA LARUT MALAM

"Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah.

Hati ini selau sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus."

Tiba-tiba je teringat bait-bait lagu nih dan rasa nak menulis. Well, rite now, aku makin melupakan dia. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri daripadanya. Mungkin kerana aku makin yakin yang minatnya hilang langsung dekat aku. Yes! aku tau aku siapa! Aku tau aku macam mana! Dan aku sedar aku bukanlah 'type' dia! Takpelah, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Walaupun sakit, walaupun susah, tapi aku akan tetap berusaha lupakan dia. Actually, baru aku tau yang aku nih sebenarnya seorang yang sangat setia and willing to do anything towards someone I'm in love to. Well, mungkin benda nih baek kalau aku dah betul-betul jumpa jodoh yang baek! AMIN! =)

Buat masa sekarang, mungkin aku agak takut untuk menaruh harapan dalam ini hal lagi. Because to me its really complicated! Aku letak harapan tapi last-last harapan aku ditarik balik. Mungkin susah kot nak dihargai harapan tuh, Ataupun, mungkin aku yang terlampau buta tak mampu menilai yang mana yang benar yang mana yang palsu. Aku sangatlah sensitif lately sampaikan aku tengok drama pun aku boleh nanges bila tengok part lelaki maenkan perempuan. Aku rasa tak patut lelaki buat macam tuh! Lu orang ingat ini perempuan semua tak ada hati dan perasaan ke?! Tolongla faham! Ataupun, mungkin aku yang terlebih sensitif! SEMUANYA MUNGKIN!

KATA MAK!

24/11-GATHERING SMKSI
Hari ni merupakan first meeting utk buat Pertubuhan Alumni SMKSI. So, kiteorang datang dalam kul 12 rumah haq. Settle-settle kat dapur. Tolong-tolong mana yang patut. Dalam kul 2, isi borang pendaftaran. 2.30 start MAKAN! hehe ;p. Masa makan tuh tunggu gak orang-orang yang dah meng'confirm' kan kehadiran mereka. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak jugak2 datang. Wa mengang! Serius! Kalau takmau kasi komitmen tak perlu berjanji! Ingat wa suka-suki ke nak wat ini benda! Wa pun buat sebab wa komited ngan ini benda! WA ADA KOMITMEN! Lu orang kasi wa panas! Seriously! Tapi takpelah, mungkin dorang ada emergency case or whatsoever yang aku tak tau. Jadi, secara totalnya AKU FAHAM! Kadang-kadang aku kagum ngan diri aku sendiri, sebab aku kalau wat keje mmg aku wat sungguh2 dan kadang-kadang aku macam tak percaya yang benda tuh menjadi! So, bila dah jadi, aku lah orang paling EXCITED! Tapi takdelah aku nak tunjuk depan orang. Simpan dalam sudah! ;)
Meeting hari ni secara totalnya boleh dikatakan BERJAYA! Yahoo! =). Walaupun ada certain yang tak show up! Tapi takpelah, asal objektif meeting tercapai. Its more than enough for me! Thanxalot kepada tuan pengarah yang mencadangkan rumahnya sebagai tempat meeting. Kiteorang buat rumah tuh macam rumah kiteorang sendiri. SO SORRY HAQ! AND THANXALOT! Plus, thanxalot kepada semua yang datang bagi sokongan tadi! Seriously! U're guys such an amazing buddies i've ever have! Terima kaseh banyak2! =)

Kata mak: awak sibuk dah macam Dato' Shahrizat Jalil! ahahaha. Menanah perut gelakkan ulasan mak tuh. Tapi, jauh di sudut hati, aku berharap itu satu doa. Mudah-mudahan aku pun mampu menyumbang kepada anak bangsa sendiri, tak banyak pun; sikit pun jadilah! =)

Kata mak lagi: kawan awak yang wahab tuh (merujuk kepada haq sebab mak tak tau pun nama betul haq. hehe ;p) dah macam Dato' Seri Najib! Wahahahahaha! Gila saket ginjal gelak! Serious! Haq macam Najib! Mmg kelakar! Tapi tulus dari hati ni, aku salute ngan haq sbb cara dia buat kerja teratur wpun banyak benda yang dia lupa contohnya macam map! huhu. BTW haq sememangnya seorang tuan pengarah yang TERBAEK!

There's nothing much that I can say rite now! Except for saying that: mak saya memang seorang yang COOL! =)

Sunday, November 22, 2009

TERIMA KASEH DARI HATI INI

Kepada mak!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
mengandungkan saya,
melahirkan saya,
membesarkan saya,
mendidik saya,
memahami isi hati saya,
menjadi tempat saya menyimpan rahsia,
menjadi tempat saya menyatakan semua masalah.
Terima kaseh! Terima kaseh tak terhingga!
Semoga mak sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Kepada abah!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
setia dan bersusah payah mencari rezeki untuk menyekolahkan saya dan adik-adik,
memberi kami makan dan minum,
bertanggungjawab menjaga kami adik-beradik.
Terima kaseh! Terima kaseh sangat-sangat!
Semoga abah sentiasa mendapat petunjuk dari-Nya!

Kepada kak ifa!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
menjadi my bestest sister ever!
awak banyak menaikkan semangat saya bila saya 'down',
awak banyak meyokong saya bila saya ada masalah.
Terima kaseh! Terima kaseh banyak-banyak!
Semoga awak mendapat kejayaan dalam keredhaan-Nya.

Kepada Ikhwan!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
jadi teman gadoh kak ira sepanjang masa,
awak memang sempoi,
dan awak memang jujur.
Kejujuran awaklah yang banyak menyedarkan kak ira.
Terima kaseh! Terima kaseh lagi sekali!
Semoga awak berada dalam rahmat-Nya sentiasa!

Thursday, November 19, 2009

DAH BOSAN!

Dearest Athirah Khaleb,
Proceed in wateva ure doing rite now!
Juz be urself!
Dont ever look back! Dont ever think backward!
Making fun of urself!
Do love urself more than anybody else.

Its okay sayang!
Everything thats happened has its own reason.
And someday u'll notice it!
Juz be patient and accept all these.
Even though it's tough enough.
Yet, I know ure strong girl! inside outside!
BE STRONG, DARLING!

Monday, November 16, 2009

MAY ALLAH BLESS U!

Sayangku Afifah!
Semoga berjaya dalam SPM!

Jawab seelok-eloknya!
Jangan gentar mahupun gelabah tak memasal!
Yakin dengan diri!
Percaya pada yang SATU!
Doa pada-Nya!
Tawakkal pada-Nya!
Insya-Allah semuanya akan jadi mudah! =)

Saya percaya dengan awak!
Saya yakin dengan awak!
Jangan mudah putus asa.
Kerana Allah benci orang yang berputus asa.
Kita ada Allah, serahkan semuanya pada-Nya.
Kerana hanya Dia yang maha berkuasa!
Jadi, selagi ada hayat dikandung badan, teruskan berusaha, bukan setakat untuk SPM tapi untuk seluruh hidup kita di muka bumi-Nya ini.
Perbanyakkan doa.
Kerana doa itu senjata mukmin!
Yakinlah pada ALLAH!

Akhir kata, doa saya akan sentiasa mengiringi setiap derap langkah awak! =)

Salam sayang,
KAK IRA

Friday, November 13, 2009

14 NOV 2009

Selamat ulang tahun ke-21 sayang!
Terima kaseh kerana hadir dalam hidup ini.
Terima kaseh kerana menjadikan aku sebahagian daripada hidupmu.
Terima kaseh kerana sanggup mendengar rungutanku selama ini.
Terima kasih kerana setia bersamaku mengharungi setiap detik manis mahupun pahit dalam hidup ini.
Terima kasih sayangku!
Eylia Nabila bt Ab razak!

TERSENYUM SENDIRIAN

Masa aku tulis ini entry, aku masih memutarkan lagu yang sama, ANGGUN. Aku tak bosan dengan lagu ni. Ayat puitis sang ayah buat sang anak. =)

Tersenyum sendirian? Aku memang suka tersenyum sendirian. Kali ni aku tersenyum kerana si dia. Ya! Si dia yang pernah membuatkan aku mengungkapkan ayat KUCIWA! Tapi hari ni dia mampu buat aku tersenyum dengan kerenahnya yang kebudak-budakan.

Dia nampak aku di luar. Lantas dia turut keluar sambil membasuh kereta, KONONNYA! Bila dia masuk, dia karaoke pulak! Gila! Saja nak tarik perhatian lagaknya! Wa mengang betul dengan ini mamat! Lu faham tak?! Wa mengang dengan lu! Sebab lu mampu membuat wa tersenyum walaupun wa memang sakit hati gila dengan lu!

Aku harap aku dapat lupakan mamat ni ASAP!

Thursday, November 12, 2009

ISTERI LARI

Menurut kajian yang dijalankan, kes-kes isteri lari merupakan kes yang menjadi 'trend' buat masa sekarang.

Mesti korang duk fikir apahal aku nak kupas tajuk macam nih kan?
Sebenarnya tajuk nih keluar kat Wanita Hari ini (WHI) tadi.
Aku tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut kisah ni.

Kisah 'Isteri Lari' ini boleh dikatakan menjadi fenomena dalam hidup masyarakat kita sekarang. Isteri lari disebabkan banyak faktor, sebagai contoh, isteri lari kerana suami kaki pukul, suami tak bayar hutang along, suami tak bayar nafkah (zahir mahupun batin), dan macam2 lagi. Dalam konteks macam ni, aku nampak wanita lebih cenderung menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pada pandangan aku, sebagai seorang perempuan, aku yakin selagi boleh bertahan perempuan yang bernama isteri ni akan terus berkorban demi anak-anaknya. Tetapi, mungkin disebabkan faktor suami yang melampau menyebabkan perempuan bernama isteri ini nekad untuk terus keluar dari belenggu masalah bahtera rumah tangga. Kesian kan bagi mereka2 yang menghadapi masalah sebegini. Aku tumpang simpati. Bukanlah maksud aku hendak menyalahkan lelaki 100%, mungkin masalah yang timbul datangnya daripada kedua-dua belah pihak. Siapa tau apa sebenarnya pergolakan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Jadi, sang suami sebagai pengemudi bahtera rumah tangga perlu bijak dalam menangani semua masalah dan sang isteri sebagai pembantu nakhoda hendaklah menurut perintah serta bijak membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal! =)

Aku semakin gentar apabila mendengar permasalahan2 yang timbul dalam sesebuah rumah tangga. Siapa yang maukan sebuah rumah tangga yang hanya dibina atas dasar dendam dan benci kan?

Ya Allah, penciptaku, aku mohon pada-Mu, temukanlah aku dengan seseorang yang mampu mengemudi bahtera perkahwinan kami atas dasar iman kepada-Mu! Amin.

Wednesday, November 11, 2009

IT'S ALL ABOUT HOPE

Kuciwa?!
I think that's the best word can describes how my feeling rite now!
I can say that I'm really dissapointed with myself btw because hoping so much on the 'subject' that is not mine yet.
So, starting from today onwards, I'll always make sure I'll not hope so much towards this 'LOVE' things.
Let Him decides everything for me.
The best thing I can say rite now is purest love comes from Him. Thus, do love Him more than anybody else. That's the point girl! =)

p/s : I do really hate a person that's giving me a hope and after while it's just nothing!! Seriously hate it! Sakit hati tau tak?!

Monday, November 9, 2009

ANGGUN

Meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti

Langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan

Aku bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
oh kerana semuanya berlalu menghilang
dan tak akan kembali

Kucuba menutup mataku
bila kulelah untuk hidup
namun semuanya berubah
di saat engkau hadir

Kau yang Anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku yang telah mati
dan kau sinarku cahaya yang terang
tuk perjalananku yang lurus di dunia
sementara mengejar masa
itu pasti buat aku bersyukurku adanya

-by BAU-

CUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim~
This is my first time writing in blog. I do hope that I'll kept continuing writing so that all the memories of my life could be recorded in this blog. =)