Thursday, November 12, 2009

ISTERI LARI

Menurut kajian yang dijalankan, kes-kes isteri lari merupakan kes yang menjadi 'trend' buat masa sekarang.

Mesti korang duk fikir apahal aku nak kupas tajuk macam nih kan?
Sebenarnya tajuk nih keluar kat Wanita Hari ini (WHI) tadi.
Aku tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut kisah ni.

Kisah 'Isteri Lari' ini boleh dikatakan menjadi fenomena dalam hidup masyarakat kita sekarang. Isteri lari disebabkan banyak faktor, sebagai contoh, isteri lari kerana suami kaki pukul, suami tak bayar hutang along, suami tak bayar nafkah (zahir mahupun batin), dan macam2 lagi. Dalam konteks macam ni, aku nampak wanita lebih cenderung menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pada pandangan aku, sebagai seorang perempuan, aku yakin selagi boleh bertahan perempuan yang bernama isteri ni akan terus berkorban demi anak-anaknya. Tetapi, mungkin disebabkan faktor suami yang melampau menyebabkan perempuan bernama isteri ini nekad untuk terus keluar dari belenggu masalah bahtera rumah tangga. Kesian kan bagi mereka2 yang menghadapi masalah sebegini. Aku tumpang simpati. Bukanlah maksud aku hendak menyalahkan lelaki 100%, mungkin masalah yang timbul datangnya daripada kedua-dua belah pihak. Siapa tau apa sebenarnya pergolakan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Jadi, sang suami sebagai pengemudi bahtera rumah tangga perlu bijak dalam menangani semua masalah dan sang isteri sebagai pembantu nakhoda hendaklah menurut perintah serta bijak membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal! =)

Aku semakin gentar apabila mendengar permasalahan2 yang timbul dalam sesebuah rumah tangga. Siapa yang maukan sebuah rumah tangga yang hanya dibina atas dasar dendam dan benci kan?

Ya Allah, penciptaku, aku mohon pada-Mu, temukanlah aku dengan seseorang yang mampu mengemudi bahtera perkahwinan kami atas dasar iman kepada-Mu! Amin.

No comments:

Post a Comment