Sunday, November 22, 2009

TERIMA KASEH DARI HATI INI

Kepada mak!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
mengandungkan saya,
melahirkan saya,
membesarkan saya,
mendidik saya,
memahami isi hati saya,
menjadi tempat saya menyimpan rahsia,
menjadi tempat saya menyatakan semua masalah.
Terima kaseh! Terima kaseh tak terhingga!
Semoga mak sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Kepada abah!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
setia dan bersusah payah mencari rezeki untuk menyekolahkan saya dan adik-adik,
memberi kami makan dan minum,
bertanggungjawab menjaga kami adik-beradik.
Terima kaseh! Terima kaseh sangat-sangat!
Semoga abah sentiasa mendapat petunjuk dari-Nya!

Kepada kak ifa!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
menjadi my bestest sister ever!
awak banyak menaikkan semangat saya bila saya 'down',
awak banyak meyokong saya bila saya ada masalah.
Terima kaseh! Terima kaseh banyak-banyak!
Semoga awak mendapat kejayaan dalam keredhaan-Nya.

Kepada Ikhwan!
Terima kaseh dari hati ini
Kerana telah
jadi teman gadoh kak ira sepanjang masa,
awak memang sempoi,
dan awak memang jujur.
Kejujuran awaklah yang banyak menyedarkan kak ira.
Terima kaseh! Terima kaseh lagi sekali!
Semoga awak berada dalam rahmat-Nya sentiasa!

3 comments:

  1. kak~terharunye,,sy taw sy bnyk mmbantu awk,hahaha,poyo lak,,hehe
    btw~thanz,,kakk pn kakk terbaik dr ladang,,bak kt ikhwan,,hahaha

    ReplyDelete
  2. from mak,,
    terima kasih diterima,itu mmg mnjd tnggungjwb mak utk mmbimbing ank n mnjd pndgr setia ank2,,tp ade kala nye mak tersilap kt,sbb kte sebagai manusia xsempurna,pasti ade kekurangn.kekurngn itu drpd mak n kelebihn itu drpd Allah,,luv u kakk

    ReplyDelete
  3. ahahaha. ikhwan gila sengal! huhu
    sama2 semua! tanpa anda, siapalah saya! hehe ;p

    ReplyDelete